PETUA MEMBENTUK CINTA ABADI
By: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
"Rasa cinta itu sekiranya dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia dikandung badan.. Selagi jiwa merantai hati.."
:: Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar. Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang. Amalkan memuji tujuh kali sebelum menegur pasangan.
:: Cinta abadi sentiasa romantik. Berilah hadiah, SMS, ucapan cinta, makan diluar dan sebagainya untuk memupuk cinta. Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya.
:: Cinta abadi diperkasa dengan belaian. Berbual dan dengari pasangan dengan prihatin dan kasih sayang. Belajar untuk berkonflik dengan hikmah.
:: Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.
:: Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tiada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian.
:: Cinta abadi sentiasa ada masa untuk bicara kasih. Bisikan kata sayang setiap hari. Suami yang cemerlang peluk dan bisik kata sayang sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
:: Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi, perkara lain tidak penting baginya. Ibarat rumah kecil terasa bagai istana.
:: Cinta abadi sentiasa hormat menghormati. Hormati keunikan dan kerenah pasangan kita. Jangan sesekali sombong dengan pasangan. Cari penyelesaian menang menang. (...???)
:: Cinta abadi sentiasa membuat penyelesaian dan mencari keserasian. Sebenarnya, kita mudah membuat sesuatu ataupun berkorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.
:: Cinta sejati meyakini bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.
:: Cinta abadi gigih menempuh ujian. Setiap ujian yang ditempuh mengeratkan lagi hubungan. Cari hikmah bagi setiap ujian yang ditempuh.
:: Cinta abadi tidak jumud. Cari pelbagai cara kreatif untuk mempamerkan dan menyemarakkan kasih sayang kepada pasangan. Bentuk kegiatan positif setiap hari.
:: Cinta abadi lebih banyak memberi daripada menerima. Renungkan apa yang masih belum kita lakukan untuk pasangan kita. Ingat, kita pasti dapat balasan yang berlipat kali ganda.
:: Cinta abadi sentiasa prihatin pada gerak hati wanita. Lelaki yang cemerlang menghormati pandangan pasangannya mengenai kasih sayang dan aspek kehidupan lain.
:: Cinta abadi sentiasa menganggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab. Cari pengajaran daripada setiap konflik. Bentuk peraturan untk berkonflik secara positif.
:: Cinta abadi tidak ada syarat. Ia tidak bertambah dengan kebaikan dan tidak berkurangan dengan kesilapan yang dilakukan. Syarat tunggal adalah kepatuhan kepada Tuhan.
:: Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Ubah diri menjadi lebih cemerlang supaya pasangan dapat berubah sama.
:: Cinta abadi terbentuk bersendikan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Jangan ada dusta antara pasangan.
:: Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan dan mengimbangi antara satu sama lain.
:: Cinta abadi tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menarik hidayah Allah.
...... to be continued.... :p
No comments:
Post a Comment