Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

July 9, 2009

Didik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang

DIDIK ANAK DENGAN NALURI KASIH SAYANG
Abi Muslih & Mama Farhah
Editor: kasihsayang


Membina seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah. Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.

Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dalam mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yang menyusahkan. Tentunya berat untuk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak.


Di mana letaknya kasih sayang?

Tentunya ia soalan yang sukar untuk ditanggapi. Payah untuk kita mengesan di mana letaknya kasih sayang.

Umum mempercayai ia terletak di hati. Hati di sini bukanlah hati fizikal. Bukan juga jantung. Hakikatnya ia adalah satu perasaan halus yang ada di sanubari manusia. Rasa semulajadi yang menyuntik bayu damai dan bahagia. Inilah nikmat Allah yang indah. Allah jadikannya bukan sia-sia. Tujuannya, agar rasa kasih sayang itu digarap sebagai pendorong ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak.

Kasih sayang mengubah persepsi seorang ibu dan bapa terhadap anak. Daripada satu beban yang menyulitkan, menjadi satu cahaya mata yang membahagiakan. Umpamanya, seorang bapa yang mempunyai ramai anak, kadang-kadang rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah dan perbelanjaan yang besar. Ibu pula kadang-kadang terlintas betapa sakitnya mengandung dan melahirkan anak-anak seorang demi seorang. Betapa letihnya menjaga dan melayan kerenah si anak. Tetapi setelah mendengar tangisan pertama anak yang lahir maka susutlah beban yang terasa. Setelah diamati wajah barisan anak-anak yang sedang nyenyak, maka hilanglah keletihannya. Apabila menyaksikan anak-anak bermain riang di taman, maka luputlah kesakitan lampau. Apalagi jika si anak menjadi seorang yang soleh dan berjaya. Semua senario ini adalah nikmat kasih sayang semulajadi kurniaan Allah kepada kita.


Naluri kasih sayang dan peranannya dalam pendidikan anak-anak

Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tigak keadaan iaitu:

Pertama - Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yang menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengna unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertepuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegooan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.

Kedua - naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa. Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka tika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.

Ketiga - fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu saja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Mail r.a. katanya, "Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah, "Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya."


Dalam kasih ada ujian

Walau bagaimanapun, kasih sayang kepada Allah tidak dapat mengatasi kasih sayang kepada anak-anak. Dalam kasih ada ujian. Kadang-kadang ibu bapa diuji dengan dua persimpangan. Antara perintah Allah dan rasa sayang pada anak. Tentunya yang patut dipilih ialah perintah dan redha Allah taala. Pada zahirnya, memilih perintah Allah bermakna 'mengorbankan' anak. Tetapi hakikatnya, itulah kemanisan dan keindahan dalam perasaan kasih kepada si anak. Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim terpahat kukuh sebagai bukti bahawa kadang-kadang naluri kasih sayang itu terpaksa dilupakan demi perintah Allah.

Mungkin kisah Syaikh Hasan Al-Banna, seorang tokok gerakan Islam abad ini boleh dijadikan contoh. Beliau adalah pemimpin dakwah yang mengorbankan seluruh tenaga, masa dan kudratnya untuk perjuangan Islam. Beliau sentiasa menjadikan sambutan Hari-hari Raya atau hari kebesaran sebagai peluang untuk mendekati golongan muda. Pada suatu Hari Raya, anaknya Saiful Islam telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati. Isterinya berkata, "Kalau boleh, kanda bersama-samalah keluarga di hari raya ini. Tambahan pula anak kita sedang sakit." Beliau menjawab, "Sekiranya Allah bermurah untuk menyembuhkan anakku daripada penyakit, maka bagiNya segala pujian dan kesyukuran. Namun, jika Allah mentakdirkan dia meninggalkan kita, maka datuknya telah tahu mana jalan untuk ke kubur." Lalu dia membaca firman Allah dari ayat 24 Surah Al-Taubah yang bermaksud:

"Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu perolehi, barang perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat sukainya lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta jihat pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintahNya sedang Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang jahat."


Kasih sayang itu rahmat

Tegasnya, naluri kasih sayang itu adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak. Namun dalam keindahan asyik masyuk kasih sayang kepada anak tersirat ujian kepada ibu bapa. Ujian yang perlu dilepasi bagi membuktikan bahawa kasih kepada Allah adalah mengatasi kasih sayang yang lain. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.



April 16, 2009

Ibu Mithali Isteri Sejati

Salam...

Ummie tgh bowink2 tahap gaban kt opish nie.... staff lain suma dh kuar odit... lady bos plak gi meeting kt Seri Pacific Hotel... nk wat keje mmg xdak mood langsung... hehehe... so, apalagi lah... layan je tenet...

Bukak satu website favorite ummie nie, 'iLuvislam.com'... so dpt satu artikel yg ummie rasa patut share ngan ibu2, istri2 dan juga bakal ibu/isteri.... hehehehe...

Actually, ummie lum sempat baca lagi... so, sambil2 taip ummie bacalah skali kan.... so, this artikel khas tuk u all dan jugak ummie diri ummie sendiri.... semoga mendapat manfaat dr nya..... insyaallah.....


IBU MITHALI ISTERI SEJATI
arisa_aida
Editor: almusafirq8


Siapakah wanita yg layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadhilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bg ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek2 tertentu spt:
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penhayatan Islam dlm rumahtangga
* Membersihkan hati dan pemikiran
* Mendidik diri sendiri
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah (kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih mengasihani)
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dlm rumahtangga
* Membina rumahtangga berasaskan al-Mu'asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah)
* Pembangunan fizikal dan kesihatan
* Muhasabah diri

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS!

Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:
1) Positif terhadap perubahan
2) Positif terhadap diri sendiri
3) Positif terhadap kepimpinan
4) Positif terhadap masalah
5) Positif terhadap orang lain
6) Positif terhadap keadaan emosi
7) Positif terhadap idea kreatif
8) Positif terhadap membuat keputusan
9) Positif terhadap qada' dan qadar

Selain daripada itu, beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya:
- Analisis diri daripada pandangan anak
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
- Bercakap benar
- Kotakan kata-kata
- Didik anak mengenai kemahiran sosial
- Gunakan masa jitu untuk mengajar
- Wujudkan suasana positif lebih daripada negatif
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
- Melatih anak berfikir
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
- Tunjukkan contoh sihat dlm rumahtangga
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
- Hidupkan sunnah dalam rumahtangga
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumahtangga. Paling penting adalah sebagai:
# Pendidik keluarga
# Pemimpin kedua dlm segala hal berkaitan rumahtangga
# Penasihat
# Doktor dan jururawat
# Mendisiplinkan anak2
# Kawan atau sahabat
# Penyelesai masalah
# Merangsang perkembangan mental anak2
# Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak
# Model kepada anak2
# Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
# Mengawal ekonomi rumahtangga
# Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu:
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri
2) Tidak 'berebut kuasa' dengan anak2
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
5) Mendidk anak berdikari
6) Mempunyai nilai diri tinggi
7) Bersedia meminta maaf daripada anak2
8) Bertindak secara jamaah
9) Mengorbankan kepentingan peribadi
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
11) Meneroka dan merangsang potensi anak
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi ketrampilan keibubapaan
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.

* sumber: www.mymasjid.com.my


Hmmmm.... susah jgk kan nk jadi seorang ibu mithali nie... lg2 lah nk jadi isteri sejati.... harus berusaha lebih lah nampaknya nie.... :D

Adakah anda berdua pasangan serasi?

Salam...

Ummie dpt emel nie dh lama... since Feb lalu from one of my former colleague... it's nice and betul atau tak, ummie xpasti but still ummie nk share wit u guys.....


ADAKAH ANDA BERDUA PASANGAN SERASI

"Jika anda inginkan perkahwinan yg bhgia, carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Semakin jauh, semakin baik," begitulah pendapat yg diberikan oleh Kevin Leman.

Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.


# SULUNG + SULUNG atau TUNGGAL + TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA

Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yg sama. Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lebih berkuasa dlm apa juga perkara.

Saranan untuk pasangan ini

Berhenti dpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kpd anak tunggal.
Jgn suka membuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras, bukan hanya pada diri sendiri ttp jg pd pasangan anda. Ini adalah sikap yg sgt tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas. Ini dpt mengelakkan drpd perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapati.
Dlm mencapai sesuatu perkara, mgkin caranya lebih baik drpd cara anda. Belajarlah utk berkata "Cara kamu jg baik. Apa kata kita cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.:


# SULUNG + TENGAH = PARADOKS

Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tgh mempunyai karekter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bg anak tgh, anak sulung adalah 'paradoks' (kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan. Sbg anak yg memiliki kakak/abang dan adik, anak tgh sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

Saranan untuk pasangan ini

Selalu-selalulah berbincang. Jgn biarkan pasangan anda berkata, "semuanya ok" tanpa mengetahui hal yg sebenarnya. Berusahalah utk berkongsi perasaan antara satu sama lain. Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bg anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tgh kurang mendpt perhatian keluarga.
Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.


# SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yg ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangna untk lebih santai dlm menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yg lahir sbg anak sulung, sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu. Dlm hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dlm perkahwinan bukan 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.

Saranan untuk pasangan ini

Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu memperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap org mempunyai kelemahan, tetapi ia harus diperbaiki dgn cara sebaik mgkin. Jgn terlalu drastik, tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahwa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


# TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU

Kelemahan pasangan ini adalah dr segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.

Saranan untuk pasangan ini

Jika sukar utk berckp cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Spt surat, kad ataupun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sbgnya.
Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat ataupun tetangga. Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative.
Sentiasa menghormati pasangan. Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.


# TENGAH + BONGSU = AMAN

Seorang pasif dan seorg lagi sosial. Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

Saranan untuk pasangan ini

Jgn sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mgkin idea yg dikemukakan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal. Jgn menangis atau ketawa sendirian.


# BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT

Kombinasi ini sering terjebak dgn masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak drp awal lg, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajipan masing2. Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumahtangga. Jika ianya diabaikan, sdh pasti sglnya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

Saranan untuk pasangan ini

Jgn suka bertikam lidah, sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan sgl masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini.
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindarinya.
Hadapi sgl apa yg mendatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.



Namun catatan ini tidak lebih drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, bagaimanpun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumahtangga anda. Dgn kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah.


Hmmm... menarik bukan???? Kalo ikut posisi ummie and abah, 'Sulung + Tengah = Paradoks'... huhuhu..... Wallahualam....

March 2, 2009

Usah Putus Asa

Usah Putus Asa
http://www.iluvislam.com/
posted by alsansan
editor: mawaryangtinggi





Ketahuilah olehmu sahabatku....



Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja....
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah.... walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap....

ALLAH SWT TAHU....

February 26, 2009

Bahagia tak pernah hilang...

"Cinta dikhianati, terasa begitu sakit dan pedih. Apabila cinta yang dikhianati itu sudah disulam begitu lama, manisnya sudah menjalar ke segenap urat dan nadi. Segenap jantung dan hati. Bagaimana mahu melupakannya. Di dalam cinta itu sudah tumbuh subur cahaya mata. Kepedihan ini tidak tergambarkan oleh kata-kata. Hanya perasaan sahaja mengerti makna kepedihannya.

Memang sedih wahai wanita, jika dalam keseronokkan menyemai benih kasih dan cinta, tiba-tiba dia disambar orang.

Ya, bagaimana mahu membahagiakan orang lain jika hati kita sendiri tidak bahagia. Namun jalan masih luas terbuka. Bahagia ada di mana-mana. Jangan tutupkan pintu hati itu untuk menikmati bahagia ini.

Tuhan tidak pernah memberikan sesuatu itu tanpa sebab. Ujian Allah bukan untuk menyeksa hamba-Nya, tetapi Dia mahu kita sabar dan berjalan ke dalam diri untuk meneroka isi hati. Siapakah sebenarnya pemberi bahagia itu?

Kadangkala Allah menurunkan hujan tatkala matahari masih terang. Kenapa? Kerana Dia mahu tanah tidak terlalu kontang dan berdebu. Hujan itu memberi rahmat kepada manusia lain walaupun ada yang tidak menyukai hujan yang turun kerana menganggap kain diampaiannya belum kering. Apabila kita hanya memikirkan diri sendiri, kita tidak akan dapat melihat rahmat dan merasai nikmat disebalik sebuah musibah. Kita jadi lupa bahawa Tuhan sedang memberitahu kita, cinta kepada manusia ada had dan takarnya. Hati manusia boleh berubah-ubah dan cinta mereka boleh datang dan pergi.

Sakit ini pasti tidak tertanggung jika kita menanggungnya sendiri. Berkongsilah dengan Allah. Dia Maha Pendengar. Jika selama ini kita hanya larut dalam cinta suami hingga terlupa cinta yang lebih agung lagi daripada itu. Inilah masanya untuk kita mendapatkan cinta abadi ini. Kembalilah kepada-Nya. Jika kita yakin cinta itu sejati, berdoalah. Pasti Dia akan mendengar dan memberikan semula cinta yang hilang itu, jika itulah yang terbaik buat kita.

Bukankah kita sering berdoa, "berikanlah yang terbaik untukku.." Jika dialah suami yang terbaik untuk kita, pasti dia akan kembali...

Tenangkan hati, kukuhkan jiwa.... Percayalah, Tuhan mendengar bisikan hati kita...."

# Kata-kata di atas bukan datang dari tulisan ummie but ummie pinjam dari Majalah Mingguan Wanita Bil. 1319 (27 Feb 2009 - 5 Mar 2009) tulisan Editor Nuri Supian dalam ruangan Yang Elok Itu Budi.

Ummie tertarik dgn artikel nie sebab tulah ummie paparkan kt sini.... If ada sesapa yg dh baca tu, baguslah... but yg belum baca tu u all fikir interesting tak artikel nie?

Artikel nie xde kena mengena pun ngan ummie just ummie nak sharekan dengan u all jer...

"Tenangkan hati, kukuhkan jiwa... Percayalah, Tuhan mendengar bisikan hati kita..." walau apapun doa yang kita panjatkan kepada-Nya, insyaallah Dia akan makbulkannya selagi doa kita tu bukanlah sesuatu yang bersifat khianat, dengki/irihati & jahat..... Wallahualam.....



Utuk semua pasangan suami isteri yang baca blog ummie nie, ummie doakan kalian bahagia buat selamanya..... Amin Ya Rabbal Al Amin...

February 12, 2009

Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah

Salam all,
N3 kali ini ummie copy & paste from iluvislam.com. Nice article that ummie should share wif u all... Happy reading....
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah
Ustadzah Yoyoh Yusroh
Editor: deynarashid

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'



Demikian semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.

# Smoga artikel di atas memberi panduan yg baik buat semua muslimah.. Wallahualam...

Asas Sebuah Perkahwinan Bahagia!

Salam…

Dah hampir 2 thn ummie simpan artikel nie… Semoga artikel ini dapat memberi panduan buat diri ummie sendiri dan juga pasangan2 yang bakal, baru atau yang sudah lama berumahtangga di luar sana… Insyaallah…

Source: Majalah Mingguan Wanita (Bil. 1216 (PP4404/6/2007) 9 - 15 Mar ‘07

Berkongsi Tanggungjawab

Suami isteri adalah orang yang saling bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Masing-masing perlu memahami makna sebenar perkahwinan dan sentiasa berbincang. Jangan sampai timbul rungutan yang boleh mengguris hati pasangan. Sebagai contoh di awal perkahwinan bincangkan bagaimana pasangan akan melakukan kerja rumah. Berkahwin bukan bermakna melantik isteri menjadi orang gaji tetapi sentiasa bersama dalam susah dan senang.

Pasangan Sebagai Teman Terlalu Istimewa

Bagi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga pula, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan kitalah sebagai tempat mencurah kasih, mengadu masalah dan bermanja. Perkahwinan juga melibatkan perubahan falsafah hidup seseorang. Sebagai contoh mereka mula belajar apa yang pasangan mereka sukai seperti hobi dan minat. Jumlah waktu yang diperuntukkan juga akan berubah. Sekiranya hobi pasangan langsung tidak disukai, ambil jalan tengah dengan bersama-sama pasangan melakukan hobi mereka. Lambat laun dengan sendirinya kita akan dapat menerima pembahagian itu. Melalui cara itu juga kemesraan dan kebahagiaan akan dapat dipupuk.

Perancangan Masa Depan

Perancangan untuk jangka masa panjang sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. Persoalan seperti masalah tempat tinggal dan perancangan anda perlu diteliti sebaik mungkin. Perlu juga diingat ia melibatkan dua set keluarga kerana perkahwinan akan menyatukan dua buah keluarga yang saling tidak mengenali. Misalnya isteri perlu memahami tanggungjawab suami terhadap kedua ibubapanya. Jangan pada awal-awal lagi isteri sudah mengawal suami. Sebaliknya isteri perlu banyak bersabar dan berbincang. Ini kerana keduanya dibesarkan dengan nilai-nilai yang begitu berbeza jadi untuk mencapai kesesuaian sudah pastilah ia memerlukan sedikit masa.

Komunikasi Yang Baik

Berkomunikasi antara pasangan sangatlah penting. Sentiasa mewujudkan komunikasi dengan membina pasangan kerana ia merupakan salah satu keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang sebenarnya dikehendaki oleh pasangan mereka. Semasa proses komunikasi pasangan juga perlu mengelakkan perkara-perkara seperti menyangkal kata-kata, membuat keputusan sendiri, tidak memberi perhatian, menyampuk dan sebagainya. Buka ruang kepada pasangan untuk memberi penjelasan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan kita.

Mengenal “Bahasa Cinta” Pasangan

Sememangnya terdapat lima bentuk bahasa cinta yang utama iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberi sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan menghayati bahasa cinta masing-masing dan sentiasa mengamalkannya agar mereka dapat meluahkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

Mengukuhkan dan Menjaga Kewangan

Tidak dinafikan bahawa wang dan harta adalah satu keperluan dalam kehidupan rumahtangga. Lebih-lebih lagi apabila menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Setiap keperluan hidup perlukan wang. Oleh itu sebagai ketua rumahtangga, suami perlulah bijak dan berbincang dengan isteri cara menguruskan hal kewangan untuk faedah bersama. Sebaiknya pasangan perlu merancang setiap bulan perbelanjaan mereka agar tidak berlaku pembaziran dan menimbulkan sikap tidak puas hati mana-mana pihak.

Penyelesaian Konflik

Luahkan segala masalah dan ketidakpuasan terhadap apa yang berlaku tanpa pengetahuan pasangan. Berusaha menangani konflik dengan hati dan minda yang terbuka tanpa merungut, mengugut dan mengancam sehingga usaha ke arah penyelesaian konflik terjejas. Misalnya, perselisihan faham dapat dihuraikan dengan cara yang tenang sekiranya kita cuba mengingati kembali kenangan manis semasa bercinta, berbulan madu dan rintangan yang ditempuhi bersama. Bagi pasangan yang sudah mempunyai anak, para suami diingatkan untuk mengenang jasa dan susah payah isteri yang mengandung dan melahirkan anak. Apa juga masalah yang melanda, bawalah berbincang dan elakkan dari pertengkaran untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Hubungan Suami Isteri

Jika pasangan anda tidak memenuhi kehendak dan kepuasan seperti yang anda inginkan, jangan sesekali mempertikaikan kemampuannya sebagai seorang lelaki sejati atau wanita sejati. Caranya luahkan apa sebenarnya yang anda suka dan gemari. Berikan sokongan kepada pasangan dan jangan malu untuk berterus terang. Bawalah berbincang dan cari jalan penyelesaian.

Tabah dan Sabar

Ia adalah kunci yang terbesar bagi setiap pasangan untuk membentuk sebuah keluarga yang ideal. Suami dan isteri perlu bersabar atas kekurangan dan kelemahan pasangan mereka. Setiap pasangan suami dan isteri juga memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bijaksana apabila menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka.

Solat Berjemaah

Menurut Islam, faktor paling penting sebagai asas perkahwinan yang ideal adalah dengan membiasakan diri bersembahyang jemaah dengan ahli keluarga dan membawa Al-Quran bersama-sama. Hal ini perlu diaplikasikan secara berterusan. Waktu yang amat sesuai diadakan sembahyang jemaah ialah waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Kebiasaannya waktu inilah ibubapa dan anak-anak berada di rumah.

Wallahualam...

February 4, 2009

Hati yang berevolusi... antara aku dan hatiku...

Entry kali nie actually dh basi... dh terlalu lama... ummie copy & paste from friendster's blog ummie... as ummie dh tak active kt friendster so ummie copylah masuk kt sini.... enjoy...

Nice article to share with you all. Got this from one of UIA’s staff… Panjang skit article nie yek…

Ini adalah catatan hati… ditulis dari hati menggunakan bahasanya. Sebelum ia mengetuk minda, biarlah ia berteleku di jiwa dahulu. Agar tenangnya bersimpuh dan damainya melingkar.

“Haruskah aku sampaikan salamku kepadanya?” aku bertanya pada diri.


“Dia itu siapa? Sahabat? Kawan? Kekasih? Atau siapa? Aku bertanya kembali.

“Dia adalah seorang sahabat kit dan pernah menjadi kekasihku. Namun, aku masih ingin mengucapkan salam. Haruskah aku sampaikan salamku padanya?” Aku bertanya lagi.

“Haruskah? Kau sudah tahu keadaan dirimu dan perhubungan antara dirimu dengan dia sekarang. Adakah kau masih mahu menyampaikan salam padanya?” Diam. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian tunduk ke bumi seolah tidak berdaya.

“Aku hanya mahu mengucapkan sepatah salam sahaja. Hanya sepatah. Tidak bolehkah?”
Diam lagi. Kemudian tersenyum. Pelik bukan? Bila bercakap soal dia, atau seseorang yang dianggap istimewa. Kita akan tersenyum. Unik bukan?


Sekalipun ada orang menyimpan duka, kesedihan, bahagia atau kegembiraan. Mereka akan tetap tersenyum. Namun sudah pasti, senyuman itu menyimpan beribu makna. Hanya dia yang tahu. Entahlah, apabila menyebut soal cinta dan percintaan. Pasti menyelinap rasa mesra di hati.

Sungguh ajaib bukan?

Ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini. Hanya sahabat yang tulus dan jujur akan meninggalkan jejaknya di sanubari. Untuk menguruskan diri sendiri, seseorang memerlukan mindanya. Tetapi, untuk mengurus orang lain, seseorang memerlukan hatinya. Hanya sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati. Benarkan?

Semua orang boleh menghukum pada zahir, tetapi ukuran sebegitu selalunya tidak tepat. Ramai yang ditipu dan tertipu pada fizikal. Akhirnya kecewa dan dikecewakan. Ingatlah, kebenaran akan tersingkap. Esok atau lusa, sekarang atau akan datang, kejujuran akan muncul juga di atas sekeping hati yang tulus. Lalu ia meninggalkan kesan yang abadi.

“Dia adalah seorang sahabat sekarang. Ya, kami pernah berkasih dan…”

“Dia khianati dirimu?”

“Tidak. Tidak mungkind an mustahil dia berbuat begitu.”

“Dia pernah buat dirimu marah?”

Diam.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Marah itu sekadar satu tanda bahawa diri ini mengambil berat terhadap apa yang dia lakukan. Mungkin dia pernah membuat diri ini marah. Tetapi dia tidak pernah mengkhianati. Lagipun, jika diri ini pernah dikhianati sekali… sudah pasti dia sudah disingkirkan. Hanya orang bodoh sahaja membiarkan dirinya dikhianati sebanyak dua kali.

“Dia tidak pernah mengkhianati diri ini, namun hanya Allah SWT sajalah yang tahu.”
Entah! Aku tidak mampu hentikan rona di jiwa daripada memikirkan dia. Sedangkan manusia yang berjiwa besar itu akan memikirkan tentang idea baru. Manusia yang berjiwa sederhana akan memikirkan peristiwa seputarnya. Hanya orang berjiwa kerdil sahaja tidak mampu melepaskan dirinya daripada memikirkan tentang seseorang. Aduh! Adakah aku seorang yang berjiwa kecil? Aku cuma tidak dapat melupakannya, aku terasa kehilangan.

“Kehilangan?”

Aku teringat ada orang menyebut bahawa seseorang yang kehilangan harta, dia kehilangan sesuatu yang berharga. Jika dia kehilangan sahabat, dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Namun, jika dia kehilangan kepercayaan, maka dia hilang segalanya.

“Kau tidak kehilangannya. Percayalah!”

“Benar, aku tidak hilang kepercayaan padanya. Aku sangat teringin untuk menyampaikan sepatah salam. Supaya dia sedar bahawa aku masih mengharapkan kebaikan pada dirinya.”

“Jika kau percaya kepadanya, kenapa masih mahu mengucapkan salam? Berilah kepercayaan untuk dia meneruskan hidupnya sendiri. Usahlah kau terlalu bimbang. Dia akan lebih bahagia jika dia tahu kau mempercayainya.”

“Begitukah?”

“Ya. Adakalanya untuk menyatakan sesuatu, tidak memerlukan sepatah kata. Dengan membiarkan ia berlalu, itu sudah menjadi bukti kepercayaan dirimu padanya.”

“Tapi…”

“Sudahlah, kadang-kala ada baiknya kau mendiamkan diri, kerana sepatah yang kau ucapkan akan memberi impak yang berbeza. Bagaimana jika dia membencimu selepas ini? Atau dia membalas dengan kata-kata yang tidak kau jangkakan. Bagaimana jika itu berlaku? Pasti hatimu akan terguris bukan?”

“Jadi, kau suruh aku diam?”

“Ya, diam itu lebih baik kerana aku tidak mahu kau lebih terluka. Ada kalanya, apa yang kau rasa, kau lalui, lebih baik dirahsiakan, kerana itu akan melindungi luka di hati daripada berdarah kembali.”

“Aduh, sukar juga.”

“Itulah. Kadang-kadang, agak sukar untuk membuatkan orang faham apa yang ada di jiwa kita. Memerlukan kata-kata dan bicara. Oleh itu, aku fikir lebih elok jika disimpan sahaja kerana diam itu lebih baik daripada membuatkan orang tersalah memahami apa yang ada di hati kita.”

“Jika aku sentiasa diam, sampai bila jiwaku akan terbela? Rusuh dijiwaku, sampai bila orang akan sedar dan memahami? Pasti orang akan sering menyalahkan aku. Orang akan mengambil kesempatan denganku kerana aku tidak pernah membela diri sendiri. Tambahan pula, dia tidak akan memahami keadaanku sampai bila-bila.”

“Adakah kau pernah melukainya? Membuatkan dia terluka sebelum ini? Atau kau sering menyokongny? Memberi semangat dan kekuatan padanya?”

“Tidak, aku tidak pernah berniat untuk melukainya. Malah aku sering cuba menjadi pendorongnya. Tapi, itu dulu…”

“Kau terlalu bimbang. Bertenanglah! Jika kau benar-benar tulus, benar-benar mempercayainya; pasti suatu hari nanti, dia akan menyedarinya. Tanpa perlu ucapan dan kata-kata. Kejujuran, adakalanya akan hadir tanpa penjelasan. Jadi, tidak perlu kau khuatir. Sekarang, berilah peluang untuk dia meneruskan hidupnya sendiri. Berjalan tanpa dipimpin oleh dirimu. Dia juga harus belajar hidup tanpa kau di sisi.”

“Hmmm… aku sudah simpan salan ini hampir bertahun-tahun. Setiap kali aku teringin untuk mengucapkannya, kau akan datang dan menegurku. Akhirnya aku, berakhir dengan sebuah senyuman.”

“Aku tahu, perasaan terlalu ingin berbicara dengannya. Ingin mengucapkan sesuatu padanya. Tapi, simpanlah salam itu. Namun, jangan putus memohon doa untuknya. Tanpa sepatah salam sekalipun dia akan mampu meneruskan hidup jika doamu dan doa orang lain sentiasa mengiringinya.”

“Ya, aku sedar. Akan kusimpan salam ini menjadi doa. Percayalah, aku sentiasa yakin bahawa dia akan meneruskan hidup dengan baik. Aku percaya dan aku berdoa. Dia akan tabah dan berjaya. Semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti kerana aku masih mencintai dan menyayangi dirinya.”

February 3, 2009

To all wives & wife-to-be out there....



Got this from blog one of UIA staff… Very nice ‘doa’… Just want to share with u all…. Especially to all wives and wife-to-be out there… Semoga doa ini dapat mengubat hati dalam melayari alam berumahtangga yg ada 1001 rintangan… Hanya pada Allah swt tempat kita mengadu….

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurnikanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharakanlah lidahku dari kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk ku terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia Mu
peliharalah tingkah laku serta kata2 ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai seorang isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi tidak di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku…

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin….”

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin