February 3, 2009

To all wives & wife-to-be out there....



Got this from blog one of UIA staff… Very nice ‘doa’… Just want to share with u all…. Especially to all wives and wife-to-be out there… Semoga doa ini dapat mengubat hati dalam melayari alam berumahtangga yg ada 1001 rintangan… Hanya pada Allah swt tempat kita mengadu….

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurnikanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharakanlah lidahku dari kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk ku terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia Mu
peliharalah tingkah laku serta kata2 ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai seorang isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi tidak di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku…

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin….”

1 comment:

Dda Ly said...

thanks akak,kongsi doa...:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin