February 4, 2009

Hati yang berevolusi... antara aku dan hatiku...

Entry kali nie actually dh basi... dh terlalu lama... ummie copy & paste from friendster's blog ummie... as ummie dh tak active kt friendster so ummie copylah masuk kt sini.... enjoy...

Nice article to share with you all. Got this from one of UIA’s staff… Panjang skit article nie yek…

Ini adalah catatan hati… ditulis dari hati menggunakan bahasanya. Sebelum ia mengetuk minda, biarlah ia berteleku di jiwa dahulu. Agar tenangnya bersimpuh dan damainya melingkar.

“Haruskah aku sampaikan salamku kepadanya?” aku bertanya pada diri.


“Dia itu siapa? Sahabat? Kawan? Kekasih? Atau siapa? Aku bertanya kembali.

“Dia adalah seorang sahabat kit dan pernah menjadi kekasihku. Namun, aku masih ingin mengucapkan salam. Haruskah aku sampaikan salamku padanya?” Aku bertanya lagi.

“Haruskah? Kau sudah tahu keadaan dirimu dan perhubungan antara dirimu dengan dia sekarang. Adakah kau masih mahu menyampaikan salam padanya?” Diam. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian tunduk ke bumi seolah tidak berdaya.

“Aku hanya mahu mengucapkan sepatah salam sahaja. Hanya sepatah. Tidak bolehkah?”
Diam lagi. Kemudian tersenyum. Pelik bukan? Bila bercakap soal dia, atau seseorang yang dianggap istimewa. Kita akan tersenyum. Unik bukan?


Sekalipun ada orang menyimpan duka, kesedihan, bahagia atau kegembiraan. Mereka akan tetap tersenyum. Namun sudah pasti, senyuman itu menyimpan beribu makna. Hanya dia yang tahu. Entahlah, apabila menyebut soal cinta dan percintaan. Pasti menyelinap rasa mesra di hati.

Sungguh ajaib bukan?

Ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini. Hanya sahabat yang tulus dan jujur akan meninggalkan jejaknya di sanubari. Untuk menguruskan diri sendiri, seseorang memerlukan mindanya. Tetapi, untuk mengurus orang lain, seseorang memerlukan hatinya. Hanya sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati. Benarkan?

Semua orang boleh menghukum pada zahir, tetapi ukuran sebegitu selalunya tidak tepat. Ramai yang ditipu dan tertipu pada fizikal. Akhirnya kecewa dan dikecewakan. Ingatlah, kebenaran akan tersingkap. Esok atau lusa, sekarang atau akan datang, kejujuran akan muncul juga di atas sekeping hati yang tulus. Lalu ia meninggalkan kesan yang abadi.

“Dia adalah seorang sahabat sekarang. Ya, kami pernah berkasih dan…”

“Dia khianati dirimu?”

“Tidak. Tidak mungkind an mustahil dia berbuat begitu.”

“Dia pernah buat dirimu marah?”

Diam.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Marah itu sekadar satu tanda bahawa diri ini mengambil berat terhadap apa yang dia lakukan. Mungkin dia pernah membuat diri ini marah. Tetapi dia tidak pernah mengkhianati. Lagipun, jika diri ini pernah dikhianati sekali… sudah pasti dia sudah disingkirkan. Hanya orang bodoh sahaja membiarkan dirinya dikhianati sebanyak dua kali.

“Dia tidak pernah mengkhianati diri ini, namun hanya Allah SWT sajalah yang tahu.”
Entah! Aku tidak mampu hentikan rona di jiwa daripada memikirkan dia. Sedangkan manusia yang berjiwa besar itu akan memikirkan tentang idea baru. Manusia yang berjiwa sederhana akan memikirkan peristiwa seputarnya. Hanya orang berjiwa kerdil sahaja tidak mampu melepaskan dirinya daripada memikirkan tentang seseorang. Aduh! Adakah aku seorang yang berjiwa kecil? Aku cuma tidak dapat melupakannya, aku terasa kehilangan.

“Kehilangan?”

Aku teringat ada orang menyebut bahawa seseorang yang kehilangan harta, dia kehilangan sesuatu yang berharga. Jika dia kehilangan sahabat, dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Namun, jika dia kehilangan kepercayaan, maka dia hilang segalanya.

“Kau tidak kehilangannya. Percayalah!”

“Benar, aku tidak hilang kepercayaan padanya. Aku sangat teringin untuk menyampaikan sepatah salam. Supaya dia sedar bahawa aku masih mengharapkan kebaikan pada dirinya.”

“Jika kau percaya kepadanya, kenapa masih mahu mengucapkan salam? Berilah kepercayaan untuk dia meneruskan hidupnya sendiri. Usahlah kau terlalu bimbang. Dia akan lebih bahagia jika dia tahu kau mempercayainya.”

“Begitukah?”

“Ya. Adakalanya untuk menyatakan sesuatu, tidak memerlukan sepatah kata. Dengan membiarkan ia berlalu, itu sudah menjadi bukti kepercayaan dirimu padanya.”

“Tapi…”

“Sudahlah, kadang-kala ada baiknya kau mendiamkan diri, kerana sepatah yang kau ucapkan akan memberi impak yang berbeza. Bagaimana jika dia membencimu selepas ini? Atau dia membalas dengan kata-kata yang tidak kau jangkakan. Bagaimana jika itu berlaku? Pasti hatimu akan terguris bukan?”

“Jadi, kau suruh aku diam?”

“Ya, diam itu lebih baik kerana aku tidak mahu kau lebih terluka. Ada kalanya, apa yang kau rasa, kau lalui, lebih baik dirahsiakan, kerana itu akan melindungi luka di hati daripada berdarah kembali.”

“Aduh, sukar juga.”

“Itulah. Kadang-kadang, agak sukar untuk membuatkan orang faham apa yang ada di jiwa kita. Memerlukan kata-kata dan bicara. Oleh itu, aku fikir lebih elok jika disimpan sahaja kerana diam itu lebih baik daripada membuatkan orang tersalah memahami apa yang ada di hati kita.”

“Jika aku sentiasa diam, sampai bila jiwaku akan terbela? Rusuh dijiwaku, sampai bila orang akan sedar dan memahami? Pasti orang akan sering menyalahkan aku. Orang akan mengambil kesempatan denganku kerana aku tidak pernah membela diri sendiri. Tambahan pula, dia tidak akan memahami keadaanku sampai bila-bila.”

“Adakah kau pernah melukainya? Membuatkan dia terluka sebelum ini? Atau kau sering menyokongny? Memberi semangat dan kekuatan padanya?”

“Tidak, aku tidak pernah berniat untuk melukainya. Malah aku sering cuba menjadi pendorongnya. Tapi, itu dulu…”

“Kau terlalu bimbang. Bertenanglah! Jika kau benar-benar tulus, benar-benar mempercayainya; pasti suatu hari nanti, dia akan menyedarinya. Tanpa perlu ucapan dan kata-kata. Kejujuran, adakalanya akan hadir tanpa penjelasan. Jadi, tidak perlu kau khuatir. Sekarang, berilah peluang untuk dia meneruskan hidupnya sendiri. Berjalan tanpa dipimpin oleh dirimu. Dia juga harus belajar hidup tanpa kau di sisi.”

“Hmmm… aku sudah simpan salan ini hampir bertahun-tahun. Setiap kali aku teringin untuk mengucapkannya, kau akan datang dan menegurku. Akhirnya aku, berakhir dengan sebuah senyuman.”

“Aku tahu, perasaan terlalu ingin berbicara dengannya. Ingin mengucapkan sesuatu padanya. Tapi, simpanlah salam itu. Namun, jangan putus memohon doa untuknya. Tanpa sepatah salam sekalipun dia akan mampu meneruskan hidup jika doamu dan doa orang lain sentiasa mengiringinya.”

“Ya, aku sedar. Akan kusimpan salam ini menjadi doa. Percayalah, aku sentiasa yakin bahawa dia akan meneruskan hidup dengan baik. Aku percaya dan aku berdoa. Dia akan tabah dan berjaya. Semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti kerana aku masih mencintai dan menyayangi dirinya.”

1 comment:

Ena said...

hai eyna...
thanx jd follower n jenguk blog ena
u r my list fren now.. tapi ena takle jd follower eyna cuz tak jmp mende tu dalam blog eyna huhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin